TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK PERMAS JAYA 1, JOHOR BAHRU

29 Februari 2020
Kantin, SK Permas Jaya 1

Tujuan:
• Melahirkan warga komuniti yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti tentang baik buruk internet agar pengguna lebih beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Menyampaikan berita-berita yang terkini berkaitan penyalahgunaan internet yang semakin berleluasa.
• Memastikan ibu bapa dan guru-guru sentiasa memantau gadjet dan perubahan anak-anak mereka jika ada sesuatu yang mencurigakan.
• Memaklumkan kepada semua individu untuk menghargai dan menggunakan internet dengan bijak.

Kelebihan:
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan orang dewasa tentang masalah salah guna internet khususnya kepada pelajar-pelajar.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk komuniti melayari internet.
• Memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai aplikasi terkini yang boleh menjejaskan akhlak anak-anak jika tidak dipantau.

Penglibatan:
Para pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama