SIARAN LANGSUNG: CEGAH LEBIH BAIK (AADK)

Aktiviti terkini | 18 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.

Nama VIP:
Puan Suriani Bt Jusoh (Penolong Pegawai Anti Dadah)


Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PEDI Taman Cempaka berkenaan topik “Cegah Lebih Baik” yang dibawakan khas oleh AADK Johor Bahru. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut Facebook Page PEDi Taman Cempaka dan Komuniti PEDi yang lain.


Tujuan:
• Memaklumkan kepada orang ramai tentang sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan (HADK) yang menekankan ‘Lebih Baik Cegah’ dipilih sebagai tema pada 2021.
• Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada kesihatan badan dan mental.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya kepada ibu bapa tentang jenis-jenis dadah agar dapat memantau anak-anak mereka.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Kata alu-aluan daripada pengurus PEDi Sg Nibong dan panel jemputan dari AADK Johor Bahru.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PEDI Taman Cempaka yang berdurasi 1 jam lebih.
• Program ini melibatkan kerjasama dengan Agensi Anti- Dadah Johor Bahru, Komuniti PEDi selatan, ahli-ahli dan pengikut Facebook Page PEDi Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk sikap bertanggjawab dan ambil peduli dengan orang sekeliling agar tidak terjebak dengan dadah.
• Menjadikan kita warga Malaysia yang sentiasa membantu AADK khususnya dalam menekankan konsep pencegahan yang mana hendak mencegah mereka yang belum terlibat dengan penagihan dadah bagi mengelakkan munculnya penagih-penagih baharu.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama