VIDEO TUTORIAL: CARA MUDAH “SPLIT” PDF

Aktiviti terkini | 13 November 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.

Ringkasan Aktivit:
Video ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.. Video ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PEDI Taman Cempaka berkenaan cara memisahkan fail PDF yang sama seperti yang dikehendaki atau ekstrak halaman tertentu membentuk dokumen PDF baru. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut Facebook Page PEDI Taman Cempaka.


Tujuan:
• Memberi tunjuk ajar kepada orang ramai tentang cara mudah untuk memisahkan fail PDF tanpa perlu membuat imbasan kembali.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai laman web yang boleh digunakan untuk memisahkan fail PDF bagi menghasilkan fail PDF yang baru.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Menayangkan video cara “split” PDF yang berdurasi 3 minit.
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk orang ramai untuk mencuba cara yang mudah untuk memisahkan fail PDF yang mudah.
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama