SIARAN LANGSUNG: PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA DAN PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 26 November 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.

Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka. . Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PEDI Taman Cempaka berkenaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan dua pakej bantuan untuk rakyat iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja keluarga Malaysia. Program ini melibatkan ahli-ahli pengikut Facebook Page PEDI Taman Cempaka.


Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang pakej yang ditawarkan kerajaan untuk membantu semoga golongan rakyat Malaysia.
• Memaklumkan kepada orang ramai Permohonan Pakej Peranti & Data Percuma Keluarga Malaysia kini dibuka dan Tawaran sah dari 15 Okt 2021- 15 April 2021.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian. • Kata alu-aluan daripada Pengurus PEDI Taman Cempaka.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PEDI Taman Cempaka yang berdurasi 1jam .
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memaklumkan kepada orang ramai bahawa pakej yang ditawarkan membolehkan semua orang memiliki telefon secara PERCUMA dimana hanya perlu membayar RM 40 sebulan (Cas penggunakan perkhidmatan internet, SMS dan panggilan) sahaja mengikut kontrak .
• Memaklumkan hanya RM10 sebulan (dibayar untuk tiga bulan/RM30), anda akan mendapat 20GB data untuk tempoh tiga bulan. 1GB data (jumlah keseluruhan 90GB) turut diberikan secara percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta Internet asas tanpa had.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama