VIDEO TUTORIAL: CARA MUDAH “CONVERT” YOUTUBE KE FORMAT MP4

Aktiviti terkini | 7 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka

Ringkasan Aktivit:
Video ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka. Video ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PIK Taman Cempaka berkenaan cara memuat turun video kegemaran mereka dari Youtube secara cepat dan percuma. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka.


Tujuan:
• Memberi tunjuk ajar kepada orang ramai tentang cara mudah untuk mendapatkan video dari Youtube ke format MP4.
• Memberi pendedahan kepada orang ramai laman web yang boleh digunakan untuk memuat turun video dari Youtube.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Menayangkan video cara “convert” youtube ke format MP4 yang berdurasi 3 minit.
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka


Kelebihan:
• Memupuk orang ramai untuk mencuba cara yang mudah untuk memuat turun video dari Youtube ke format MP4.
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama