SIARAN LANGSUNG: AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

Aktiviti terkini | 26 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka

Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PIK Taman Cempaka berkenaan topik yang perlu diberi perhatian serius iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka.


Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang contoh APDP.
• Memberi peringatan kepada ahli-ahli untuk sentiasa menjaga maklumat peribadi terutamanya ketika berkongsi di media sosial.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Kata alu-aluan daripada pengurus PIK Taman Cempaka.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PIK Taman Cempaka yang berdurasi 1jam .
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan data peribadi diri agar tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
• Mendedahkan orang ramai tentang pentingnya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama