SIARAN LANGSUNG: PENGAJARAN HTML (FUTURE SKILL FOR ALL)

Aktiviti terkini | 6 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka

Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PIK Taman Cempaka berkenaan topik Pengajaran HTML iaitu HTML, atau HyperText Markup Language adalah bahasa yang digunakan untuk membina laman sesawang. Program ini melibatkan ahli-ahli & pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka.


Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang HTML yang terdiri daripada kod arahan yang pendek dan mudah ditaipkan dalam komputer, kemudian disimpan sebagai fail HTML yang akan dibaca oleh pelayar web (web browser) untuk membina laman sesawang.
• Menarik minat orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari pengajaran HTML.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Kata alu-aluan daripada pengurus PIK Taman Cempaka, PIK Gelang Patah, PIK Desa Rakyat Perdana dan PIK Taman Cendana.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PIK Taman Cempaka yang berdurasi 1 jam lebih.
• Program ini melibatkan kerjasama dengan 4 Pengurus Pusat Internet Komuniti, ahli-ahli dan pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk orang ramai untuk sentiasa ingin mempelajari ilmu baru termasuk ilmu membina laman sesawang.
• Menjadikan kita warga digital yang bijak menggunakan kelebihan teknologi terkini terutama yang berkaitan dengan alam siber.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama