SIARAN LANGSUNG: PESANAN BUAT KEKASIH (ANJURAN KEMAS)

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka

Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PIK Taman Cempaka berkenaan ketagihan dadah, kesan dan akibat jika terlibat dengan ketagihan dadah. Program ini melibatkan ahli-ahli pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka dan Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD).


Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang jenis dan kesan jika ketagihan dadah.
• Menceritakan tentang pengalaman, cara dan semangat yang diamalkan oleh selebriti Lagenda Negara, Saudara Ameng Spring dalam mengatasi ketagihan dadah.
• Ustaz Elyas Ismail memberikan sedikit ceramah tentang dadah dan doa-doa yang boleh diamalkan agar keluarga dan sahabat-sahabat dijauhkan dari perkara-perkara yang merugikan diri.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian. • Kata alu-aluan daripada Pengurus PIK Taman Cempaka dan PIK Gelang Patah.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PIK Taman Cempaka yang berdurasi 1jam .
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka dan Forum Sahabat Komuniti Desa (SKoD).


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk orang ramai untuk memastikan diri dan keluarga bergaul dengan orang yang berakhlak baik.
• Mendedahkan orang ramai tentang pentingnya menjauhi dadah dan jangan sesekali pernah mencuba sesuatu yang boleh merosakkan diri.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama