SIARAN LANGSUNG: TANAMAN HYDROPONIK (KAZZ HYDROPONIK)

Aktiviti terkini | 26 September 2021

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka

Ringkasan Aktivit:
Siaran langsung ini ditayangkan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut Page PIK Taman Cempaka berkenaan topik Tanaman Hydroponik iaitu membongkar kelebihan dan rahsia kaedah penanaman sayur-sayuran berdaun, ulam-ulaman dan herba melalui kaedah hidroponik tanpa pam elektrik, tanpa EC & PH Reader atau TDS Reader. Program ini melibatkan ahli-ahli pengikut Facebook Page PIK Taman Cempaka dan zoom meeting bersama Ahli Kazz Hydroponic.


Tujuan:
• Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang tanaman hydroponik.
• Memberi penjelasan cara menanam tanaman hydroponic menggunakan produk daripada Kazz hydroponic yang sangat mudah dan boleh dilakukan oleh warga emas mahupun kanak-kanak.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian.
• Kata alu-aluan daripada Pengurus Kazz hydroponik.
• Tayangan siaran langsung di FB Page PIK Taman Cempaka yang berdurasi 1jam .
• Program ini melibatkan ahli-ahli dan pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Cempaka dan zoom meeting bersama Ahli Kazz Hydroponic.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk orang ramai untuk menanam sayur-sayuran secara hydroponik yang sihat dan mudah diuruskan.
• Mendedahkan orang ramai tentang pentingnya kelebihan menanam secara hydroponik dan sekaligus memupuk minat untuk menanam sayuran sendiri.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama