KELAS ICT: RESUME (CANVA)

Aktiviti terkini | 2 April 2022

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka

Nama VIP:
• Mohd Naim Bin Ab Hamid

Ringkasan Aktiviti:
Pengurus dan Penolong Pengurus mengajar pelajar teknik-teknik membuat resume dengan menggunakan aplikasi Canva. Pembelajaran berlangsung di dalam Bilik Latihan yang bertempat di PEDi Taman Cempaka. Program ini memberi sedikit perkongsian kepada pelajar untuk membuat resume dengan lebih cantik dan ringkas.

Tujuan:
• Membuat resume dengan cara yang ringkas dan padat dengan menggunakan aplikasi canva.
• Membantu pelajar untuk membuat resume dengan lebih mudah, ini membolehkan pelajar mendapat kerja dengan lebih cepat dengan menggunakan resume yang ringkas.
• Menarik minat pelajar untuk membuat resume dengan lebih cantik.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di dalam Bilik Latihan di PEDi Taman Cempaka.
• Sedikit sesi berkenalan dan Taklimat tentang Klik Dengan Bijak.
• Kelas diadakan selama 4 jam.
• Program ini melibatkan pelajar dan ahli PEDi di sekitar penduduk Taman Cempaka

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mendedahkan kepada warga setempat tentang kelas-kelas percuma yang diadakan di PEDi Taman Cempaka.
• Memberi peluang kepada warga setempat tentang kegunaan dalam komputer serta kebolehan dalam membuat resume untuk mencari pekerjaan pada waktu sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama