LIVE FB: KUNJUNGAN HARI RAYA MENGIKUT SOP

Aktiviti terkini | 16 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Page FB Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Cempaka.

Nama VIP:
Tiada


Ringkasan Aktiviti:
Penolong Pengurus Taman Cempaka dan Penolong Pengurus Taman Desa Rakyat Perdana membuat sesi perkongsian di Facebook Page tentang SOP yang perlu diperhatikan semasa menyambut hari raya. Program ini memberi sedikit pendedahan dan kesedaran kepada semua orang tentang bahaya Virus Covid-19.



Tujuan:
• Memberi kesedaran pada orang ramai tentang peraturan-peraturan yang perlu diperhatikan ketika berkunjung ke rumah orang lain di musim perayaan ini bagi mengelakkan penyebaran Virus Covid-19.
• Memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak leka, patuh SOP dan tingkatkan penilaian Covid-19 sebelum balik ke kampung atau melakukan kunjungan ke rumah orang lain.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di Page Facebook Pedi Taman Cempaka dan Page Facebook Pedi Taman Desa Rakyat Perdana.
• Taklimat diadakan selama 1 jam.
• Program ini melibatkan pengikut Facebook Page Pedi Taman Desa Rakyat Perdana dan Pedi Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mendedahkan kepada orang ramai tentang elakkan 3S dan amalkan 3W.
• Membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak berlaku rantaian Virus Covid-19.
• Memastikan setiap individu sentiasa memantau kesihatan masing-masing bagi mengelakkan dijangkiti Virus Covid-19.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama