AKTIVITI MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN DAN PENERANGAN TENTANG ERTI KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 29 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Tadika Kemas Taman Cempaka, Johor Bahru

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
Pengurus PEDi Taman Cempaka berkolaborasi bersama Guru dan pelajar Tadika Kemas Taman Cempaka telah membuat sesi perkongsian mengenai Erti Kemerdekaan kepada pelajar berumur 5 dan 6 tahun di Tadika Kemas Taman Cempaka. Di samping itu, hadiah turut diberikan kepada 50 orang pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Mewarna.

Tujuan:
• Mendedahkan kepada pelajar tentang maksud kemerdekaan, warna bendera Malaysia dan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
• Mengeratkan hubungan antara PEDi Taman Cempaka dan Tadika Kemas dalam meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di Tadika Kemas Taman Cempaka.
• Taklimat diadakan selama 4 jam setengah.
• Program ini melibatkan guru, pelajar, AJK Tadika Kemas dan Staff PEDi Taman Cempaka

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mendedahkan kepada orang ramai tentang erti kemerdekaan dan keperluan untuk mengajar dan menanam semangat kemerdekaan ke dalam hati generasi baru.
• Mengajar pelajar cara-cara mewarna Bendera Malaysia dan maksud untuk setiap warna yang terdapat dalam Bendera Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama