KELAS ICT DAN E-LEARNING

Aktiviti terkini | 6,13,20 dAN 27 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Cempaka, Kempas

Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti:
Pengurus PEDi telah membuat Kelas ICT bersama kanak-kanak di dalam komuniti yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun di PEDi Taman Cempaka. Tujuannya adalah untuk mereka mengenali dan mengetahui nama-nama bahagian komputer dan cara buka dan tutup computer dengan lebih betul serta belajar menaip menggunakan Microsoft Word. Disamping itu, kelas E-Learning diadakan bagi melatih kanak-kanak dalam pembelajaran secara digital.

Tujuan:
• Untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan penggunaan peranti komputer dan kegunaan internet disamping dapat membantu kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan perisian komputer.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di PEDi Taman Cempaka, Kempas.
• Kelas berlangsung selama 2 jam untuk setiap sesi.
• Program ini melibatkan Pengurus PEDi dan kanak-kanak di kawasan Taman Cempaka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Sebagai usaha mendidik kanak-kanak dan kominiti setempat dalam mengendalikan komputer dengan lebih mahir.
• Persiapan awal untuk kanak-kanak mahir menggunakan komputer bagi menyahut seruan kerajaan agar melahirkan generasi yang celik IT.
• Mendedahkan kepada kanak-kanak dalam komuniti dan penduduk terdekat dengan program yang disediakan di PEDi Taman Cempaka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama