PROGRAM CASHLESS SOCIETY (PEMBELIAN TANPA TUNAI)

Aktiviti terkini | 23 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Cempaka, Kempas

Nama VIP :
• Encik Azli Bin Mokhtar - Pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) cawangan Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini melibatkan petugas dari PEDi Taman Cempaka, PEDi Kg. Sri Jaya dan PEDi Bandar Sri Alam bertujuan bagi mempromosikan penggunaan transaksi digital dalam kalangan masyarakat.
• Seterusnya, aktiviti program ini dimulakan dengan taklimat Jenayah Siber dan ‘Scammer’ oleh Encik Azli Bin Mokhtar selaku Pegawai BNM cawangan Johor Bahru.

Tujuan :
• Mempromosikan dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan penggunaan platform digital dan kehadiran digital berkaitan pembelian tanpa tunai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Terdapat beberapa gerai jualan tanpa tunai.
• Pembukaan kaunter fizikal pendaftaran PADU.
• Pembukaan Kaunter fizikal dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
• Pembukaan kaunter setel

Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan penggunaan transaksi digital yang selamat.
• Menggalakkan Masyarakat menggunakan teknologi digital dengan berhemah.
• Menggalakkan keterlibatan Masyarakat bagi kelangsungan aktiviti dalam platform digital.
• Membina masyarakat prihatin dengan penglibatan usahawan tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :