Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Taman Cempaka Johor Bahru merupakan perumahan pangsa kos rendah dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Program perumahan kos rendah Taman Cempaka ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian utama dari kerajaan (khasnya kerajaan Negeri Johor Darul Takzim) dimana kerajaan telah memperuntukkan belanjawan yang banyak setiap tahun demi untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dan mencapai matlamat dasar perumahan negara. Kawasan perumahan Taman Cempaka ini mula didiami penduduk pada sekitar tahun 1985 dan masih lagi didiami sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini | September - November 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya

Program Hari Sukan Negara 2016 Bersama Kemas, JKKK, Pusat Internet 1 Malaysia

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Tujuan program ini adalah untuk menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menyampaikan info berkaitan PI1M kepada masyarakat setempat...baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Cempaka ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cempaka seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya