PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

20 Mei 2017 | Sabtu
9.00 pagi – 2.00 petang | Sekolah Kebangsaan Morni Pok

Tujuan:
Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Program ini telah dijayakan oleh pihak penganjur PI1M Desa Paya Mengkuang dengan kerjasama SK Morni Pok, KEMAS Cawangan Gelang Patah, PIBG Sk Morni Pok, Persatuan Belia Jaya Pok, JKKK Kampung Pok, Mini RTC Pok serta Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sekitar Johor Bahru. Antara PI1M yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah PI1M Gelang Patah, PI1M Taman Cempaka, PI1M Srijaya, PI1M Sri Alam, PI1M Taman Cendana, PI1M Taman Sayong, PI1M Pekan Nenas dan PI1M Desa Rakyat. Majlis perasmian penutup Program Jom Klik Dengan Bijak ini telah disempurnakan oleh ADUN Nusajaya YB Dr. Hj. Zaini Bin Abu Bakar. Majlis turut disertai para tetamu jemputan iaitu Guru Besar SK Morni Pok En. Rosli Bin Jamiran, Pengerusi JKKK Kampung Pok En. Abu Bakar Bin Abd Rashed, Pengurus Mini RTC Pok En. Muhammad Khairulizzat Bin Abu Bakar, Pengerusi KEMAS Gelang Patah En. Jefri Bin Omar, Pengerusi PIBG SK Morni Pok Hj. Nasarudin Bin Hj. Muhd Salleh, Pengerusi Persatuan Belia Jaya Pok En. Sawaludin, Ahli KRT Desa Paya Mengkuang En. Abd Rahman Bin Abd Ghani dan Wakil Balai Polis Mukim Tanjung Kupang Sarjan Nasarudin Bin Md. Yusof.

Kelebihan:
1) Melahirkan pengguna yang celik IT terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2) Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3) Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4) Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
5) Membina hubungan kerjasama antara PI1M dengan badan-badan swasta, kerajaan serta komuniti setempat.

Penglibatan:
Pengunjung Program.

Nama VIP:
YB Hj. Zaini Bin Abu Bakar (ADUN Nusajaya)

Nama Tetamu daripada VIP:
1. En. Rosli Bin Jamiran(Guru Besar SK Morni Pok).
2. En. Abu Bakar Bin Abd Rashed (Pengerusi JKKK Kampung Pok).
3. En. Muhammad Khairulizzat Bin Abu Bakar (Pengurus Mini RTC Pok).
4. En Jefri Bin Omar (Pengerusi KEMAS Gelang Patah).
5. Hj. Nasarudin Bin Hj. Muhd Salleh (Pengerusi PIBG SK Morni Pok).
6. En. Sawaludin (Pengerusi Persatuan Belia Jaya Pok).
7. Abd Rahman Bin Abd Ghani (Wakil KRT).
8. Sarjan Nasarudin Bin Md. Yusof (Wakil Balai Polis Mukim Tanjung Kupang).

Perlaksanaan aktiviti:
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah Taklimat Keselamatan Internet (Klik Dengan Bijak) & E-Waste oleh CMCF, Demonstrasi Bomba, Explorace ICT, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukaneka dan Cabutan Bertuah. Program ini turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran-pameran keselamatan internet, kerjaya dan pendidikan.

Aktiviti Sokongan:
Pameran dari agensi-agensi swasta & kerajaan, pertandingan mewarna, sukaneka, explorace & cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

























Kembali ke halaman utama