Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Taman Cempaka Johor Bahru merupakan perumahan pangsa kos rendah dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Program perumahan kos rendah Taman Cempaka ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian utama dari kerajaan (khasnya kerajaan Negeri Johor Darul Takzim) dimana kerajaan telah memperuntukkan belanjawan yang banyak setiap tahun demi untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dan mencapai matlamat dasar perumahan negara. Kawasan perumahan Taman Cempaka ini mula didiami penduduk pada sekitar tahun 1985 dan masih lagi didiami sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT : KELAS MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 6 September 2024

Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan transition dan animasi di dalam slide untuk perbentangan.........................baca selanjutnya

KELAS ICT : UJIAN PEMAHAMAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2024

Kelas ujian pemahaman mengenai komputer diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya pengetahuan dan kemahiran komputer pada masa kini........................baca selanjutnya

KELAS ICT : PENGENALAN ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2024

Tujuan kelas pengenalan asas komputer diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta yang hadir mengenai komponen-komponen utama komputer serta memperkenalkan aplikasi komputer yang akan digunakan.......................baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2024

Petugas nadi melakukan kelas microsoft powerpoint kepada peserta yang hadir bagi memberi pendedahan bagaimana untuk membuat slide dengan memilih design-design dan memasukkan transition yang sedia ada agar slide nampak lebih menarik. ......................baca selanjutnya

KELAS ENTREPRENEURS : MEMBUAT KAD NAMA PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2024

Tujuan kelas perniagaan diadakan bagi membantu usahawan untuk belajar cara membuat kad nama untuk tujuan promosi agar nampak lebih menarik......................baca selanjutnya

KELAS ICT – MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 16 April 2024

Membantu dan mengajar pelajar lepasan sekolah menggunakan microsoft word untuk membuat resume.....................baca selanjutnya

KELAS ICT – KEYBOARD SHORTCUT

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024

Memberi pendedahan dan latihan kepada peserta berkaitan penggunaan short cut di komputer di samping mempraktikkan kemahiran menggunakan keyboard....................baca selanjutnya

PROGRAM CASHLESS SOCIETY (PEMBELIAN TANPA TUNAI)

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2024

Mempromosikan dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan penggunaan platform digital dan kehadiran digital berkaitan pembelian tanpa tunai...................baca selanjutnya

PROGRAM PENDAFTARAN PENGKALAN DATA UTAMA (PADU)

Aktiviti Terkini | 2 & 4 Januari 2024

Memperkenalkan sistem Pengkalan Data Utama (PADU) kepada komuniti setempat sekali gus membantu komuniti untuk mendaftar..................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti