Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Taman Cempaka Johor Bahru merupakan perumahan pangsa kos rendah dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).
Program perumahan kos rendah Taman Cempaka ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian utama dari kerajaan (khasnya kerajaan Negeri Johor Darul Takzim) dimana kerajaan telah memperuntukkan belanjawan yang banyak setiap tahun demi untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dan mencapai matlamat dasar perumahan negara. Kawasan perumahan Taman Cempaka ini mula didiami penduduk pada sekitar tahun 1985 dan masih lagi didiami sehingga kini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024AKTIVITI MEWARNA DAN PUZZLE
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2023Bagi megisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah sempena cuti sekolah..................baca selanjutnya
PERSIDANGAN PEDi MADANI 2023
Aktiviti Terkini | 29 November 2023Untuk mengiktiraf para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi yang merupakan nadi penggerak PEDi di Malaysia.................baca selanjutnya
KELAS ICT DAN E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 6,13,20 & 27 Oktober 2023Untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan penggunaan peranti komputer dan kegunaan internet disamping dapat membantu kanak-kanak agar lebih mahir menggunakan perisian komputer................baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 September 2023Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber dikalangan murid-murid sekolah...............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2023Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul...............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2023Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul..............baca selanjutnya
KELAS ICT: TEKNIK MENGAJAR (SOFT SKILLS)
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2023Membantu pelajar membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.............baca selanjutnya
KELAS ICT: KELAS POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 5 Mei 2023Menarik minat pelajar untuk menjawab kuiz Kahoot dalam kelas secara beramai-ramai serta dapat berbincang dengan sesame pelajar............baca selanjutnya
KELAS ICT: KELAS POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 14 April 2023menarik minat pelajar untuk mempelajari fungsi-fungsi Microsoft powerpoint terutamanya ketika membuat pembentangan............baca selanjutnya
KELAS ICT: KELAS ONLINE JIGSAW PUZZLE
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023Memastikan kanak-kanak mendapat pengetahuan mengenai cara asas menggunakan tetikus dgn betul............baca selanjutnya
KELAS ICT: KELAS MENAIP
Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023Memastikan kanak-kanak mendapat pengetahuan mengenai cara menaip dengan kedudukan jari yang betul...........baca selanjutnya
KELAS ICT: PC PARTS & COMPONENTS
Aktiviti Terkini | 6 Januari 2023Memastikan kanak-kanak mendapat pengetahuan yang lebih dengan kelas yang disediakan..........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya