PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti terkini | 9 Julai 2023Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
Program ini dijalankan di SK Kota Masai 3 dengan penglibatan petugas PEDi Taman Cempaka, PEDi Taman Cendana, PEDi Bandar Seri Alam & PEDi Taman Desa Rakyat Perdana. Aktiviti program ini adalah berkenaan dengan taklimat dan penerangan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada murid-murid sekolah darjah 4, 5 dan 6 serta guru-guru terlibat.
Tujuan:
• Untuk memberi kesedaran cara penggunaan internet dengan betul.
• Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber dikalangan murid-murid sekolah.
• Cara bagaimana langkah-langkah untuk mengatasinya.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program ini dilangsungkan di SK Kota Masai.
• Acara berlangsung selama 4 jam (8.00 AM – 11.00 AM)
• Program ini melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Taman Cempaka, PEDi Taman Cendana, PEDi Bandar Seri Alam & PEDi Taman Desa Rakyat Perdana.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Melatih pelajar untuk memberi kesedaran dalam menggunakan gadjet
• Dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang cara penggunaan gadjet dengan baik agar tidak mudah tertipu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :