KELAS ICT: KELAS POWERPOINT

Aktiviti terkini | 14 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Cempaka, Kempas

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Pengurus dan Pekerja Sambilan PEDi Taman Cempaka telah membuat Kelas ICT mengenai cara-cara menggunakan Microsoft Powerpoint bersama pelajar dalam komuniti yang berumur dalam lingkungan 9 hingga 13 tahun di PEDi Taman Cempaka. Para pelajar dikehendaki membuat slide tentang Klik Dengan Bijak.


Tujuan:
• Menarik minat pelajar untuk mempelajari fungsi-fungsi Microsoft powerpoint terutamanya ketika membuat pembentangan.
• Untuk membantu pelajar menghasilkan pembentangan Klik Dengan Bijak dengan menarik serta memahami maksud KDB.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di PEDi Taman Cempaka
• Acara berlangsung selama 4 jam
• Program ini melibatkan Pengurus dan Pekerja Sambilan PEDi Taman Cempaka.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Melatih koordinasi mata dan tangan pelajar untuk menghasilkan slide pembentangan yang menarik.
• Melatih pelajar cara-cara mencari maklumat di internet serta memuat turun imej dari google ke dalam powerpoint.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :



Kembali ke halaman utama