KELAS ICT: TEKNIK MENGAJAR (SOFT SKILLS)
Aktiviti terkini | 3 Jun 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Cempaka, Kempas
Nama VIP:
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
Pengurus dan Pekerja Sambilan PEDi Taman Cempaka telah membuat Kelas ICT mengenai cara menaip surat cuti sekolah kepada 10 orang pelajar sekolah rendah dibantu oleh 2 orang pelajar sekolah menengah. Pelajar sekolah menengah dikehendaki mengajar dan membantu pelajar lain melakukan tugasan sehingga selesai.
Tujuan:
• Membantu pelajar membina keyakinan diri dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
• Mendedahkan pelajar dengan teknik dan lontaran suara yang baik ketika mengajar.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Program diadakan di PEDi Taman Cempaka
• Acara berlangsung selama 4 jam
• Program ini melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Taman Cempaka.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Melatih pelajar kemahiran berkomunikasi dan Teknik mengajar yang baik.
• Dapat memberikan pengalaman kepada pelajar terutamanya untuk masa depan jika mereka terlibat dengan aktiviti fasilitator.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :