Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Taman Cempaka Johor Bahru merupakan perumahan pangsa kos rendah dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).
Program perumahan kos rendah Taman Cempaka ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang mendapat perhatian utama dari kerajaan (khasnya kerajaan Negeri Johor Darul Takzim) dimana kerajaan telah memperuntukkan belanjawan yang banyak setiap tahun demi untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat dan mencapai matlamat dasar perumahan negara. Kawasan perumahan Taman Cempaka ini mula didiami penduduk pada sekitar tahun 1985 dan masih lagi didiami sehingga kini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.
Berita Terkini | September - November 2016Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya
Program Hari Sukan Negara 2016 Bersama Kemas, JKKK, Pusat Internet 1 Malaysia
Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016Tujuan program ini adalah untuk menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menyampaikan info berkaitan PI1M kepada masyarakat setempat...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016. MEMPERKASAKAN REMAJA DIGITAL DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Berita Terkini | Ogos 2016Terma dan syarat-syarat
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Taman Cempaka ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Cempaka seperti kelas komputer dan sebagainya.
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya